بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 6 Oktober 2011

Beg duit hilang...


Kalau tengok gambar di atas mestilah bukan UI yang hilang wallet tapi AI. Kesiankan... Macam biasa sebelum pergi kerja AI belikan sarapan dulu. Lepas hantar makanan sewaktu baru nak keluar kawasan taman baru dia perasan "eh! kenapa rasa ringan ke seluar ni.." (suka letak dalam poket depan) terus dia patah balik dan cari... cari.. cari.. tapi tak jumpa. Mesti dah ada orang ambil kan? oh ya lupa nak bagitau AI pergi kerja naik motor parking di stesen komuter di Port Klang.

Sampai dalam rumah pun dicarinya... dah sah2lah jatuh kat luar.. kali terakhir dia nampak sewaktu nak bayar makanan yang dibeli. Agak2nya jatuh kat mana? masa nak masukkan balik dalam poket seluar atau sewaktu atas motor. Kalau ada kuasa memang senangkan? Apa pun kena minta tolong dari tuhan... cari2 jumpa apa yang dicari di sini

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. Selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.


Fadhilat lain selawat ni:-

  • Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  • Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  • Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  • Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.

Harap sangat orang yang ambil tu pulangkan balik. Setakat ni hanya sempat buat report polis dengan block kad bank. Nak buat IC orang ramai pagi tadi.. suruh datang balik pukul 4pm. Selagi takde IC yang lain semua tak boleh nak buat..

Sekarang cuma berdoa dan berharap orang tu pulangkan balik atau bagi pada sesiapa. Hilang pun kawasan taman je.. tapi masalahnya alamat IC AI alamat rumah mak di kapar. Apa pun terserah pada tuhan.. ada rezeki adalah.. kalau takde memang tiada rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...