بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 9 Oktober 2011

Buat IC di JPN Putrajaya

Masih ingat dengan entry ini... alkisah dari situ maka hari ni kami pergi ke JPN Putrajaya buat IC. Kenapa pergi ke Putrajaya.. antara sebabnya.. 

1. Sabtu - Ahad buka dari pukul 9.00am - 2.00pm (tempat lain tutup) lagipun hari cuti buat AI. Senang tak ganggu masa kerja. 2. Siap dalam masa 1 hari (tapi hari sabtu tak pastilah ahad siap) sebab bahagian production cuti. Kenalah ambil hari Isnin... apa2 tel dulu atau sms.

UI pun tumpang sekaki buat IC baru... sebab IC lama alamat rumah mak. Tadi pakai tudung soft pink makanya tak lulus sebab warnanya cerah.. kenalah pakai tudung sponsor.. tapi ok je tudung tu.. warna coklat gelap..

Kalau IC kita hilang maka kena bayar RM110 tapi setelah buat rayuan dapat dikurangkan sebanyak RM60. Tapi kalau kena curi "free". Semua orang cakap kenapa tak cakap kena curi masa buat report polis.. AI cakap dia tak tau lagipun takkan nak tipu.. erm...

Jadi kenalah lebih berhati2 dalam meletakkan wallet dalam seluar... kena pastikan ianya sentiasa ada.. lambat seminit.. orang rembat.. rezeki depan mata diorangkan? hanya orang jujur je takkan sanggup ambil hak orang tak kiralah dia bangsa apa sekalipun.

Last sekali... senyum...  tak perlu kata apa2 (macam lagu dalam tv tu..) yalah benda dah hilang. Nak kenang pun tak dapat apa... yang dapat pengajaran dari kesilapan.. ataupun memang dah tertulis bukan rezeki kita. Ujian dari Allah... terima dengan redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...