بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 12 Oktober 2011

Banjir besar di Thailand



Banjir: Thailand tidak isytihar darurat

2011/10/11

BANGKOK: Kerajaan Thailand tidak akan mengisytiharkan perintah darurat meskipun negara Gajah Putih ini sedang menghadapi banjir besar, yang terburuk dalam dua dekad ini, kata Menteri Kehakiman, Jen Pol Pracha Promnok, hari ini.

Pracha, yang juga Pengarah Pusat Kawalan Banjir, berkata tiada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian sebagaimana dicadangkan pembangkang kerana kerajaan boleh menguruskan keadaan itu.

Kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat mingguannya, yang kali ini diadakan di Lapangan Terbang Don Mueang, di sini, yang bakal dijadikan Pusat Operasi Bantuan Banjir, katanya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Chumpol Silpa-archa, berkata Kabinet memutuskan untuk tidak mengisytiharkan perintah darurat kerana tidak mahu menimbulkan suasana panik di kalangan pelancong asing.

Beliau berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi mencatatkan ketibaan kira-kira 40,000 pelancong pada setiap hari pada masa ini meskipun banjir sedang melanda Thailand.

Ketua Pembangkang, Abhisit Vejjajiva, yang juga bekas perdana menteri, mencadangkan satu perintah darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dilanda banjir bagi memudahkan pengurusan banjir dan pemindahan.

Meskipun bandar raya Bangkok kini menghadapi limpahan air banjir dari wilayah utara dan tengah negara, Praca memberi jaminan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi tidak akan terjejas kerana ia terletak di kawasan lebih tinggi.

Beliau berkata, tiga daerah sekitarnya - Minburi, Nongjok dan Ladkrabang - mungkin ditenggelami banjir tetapi tidak lapangan terbang itu.

Keadaan banjir di Thailand kekal kritikal hari ini memandangkan 40 peratus daripada negara ini masih ditenggelami air dengan 269 jumlah kematian dilaporkan manakala bank pusat negara itu menganggarkan kerugian mencecah 60 bilion Baht (kira-kira RM6 bilion).

Sejumlah 2.3 juta orang daripada lebih 10,000 kampung di 30 wilayah di utara dan tengah negara itu terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negara ini secara berperingkat sejak Julai lALU, dan mencapai tahap kritikal baru-baru ini. - BERNAMA

--------------------------

China akan menyalurkan bantuan bencana berupa wang tunai sebanyak satu juta dolar Amerika dan barangan bernilai 10 juta Yuan kepada Thailand. Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar China ke Thailand, Guan Mu dalam pertemuannnya dengan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam.

Guan Mu berkata, China bersimpati dengan penderitaan rakyat Thailand yang mengalami kerugian harta benda akibat banjir selama beberapa bulan ini. China yakin dengan kepimpinan kerajaan Thailand, rakyat negara itu akan mengatasi bencana itu dan membangunkan semula kawasan yang musnah dilanda banjir .

Menurut perangkaan daripada Pejabat Pencegahan dan Tebatan Banjir Thailand, seramai 252 orang terkorban dan 3 dikhuatiri hilang. Kira-kira 2.7 juta penduduk terlibat dalam banjir yang berlarutan selama lebih dua bulan.

Sumber: http://malay.cri.cn 8/10/2011

-------------------------

Metrotvnews.com, Ayutthaya: Hujan deras yang turun beberapa hari menyebabkan sejumlah wilayah di Thailand kebanjiran. Tingginya curah hujan bahkan membuat beberapa empangan tak mampu menampung debit air yang terus bertambah.

Salah satu wilayah yang dilanda banjir adalah Wilayah Ayutthaya. Banjir di wilayah ini membuat pemerintah daerah tempatan memindahkan warga dengan menggunakan perahu getah. Menurut pemerintah daerah Ayutthaya, banjir juga dikhuatiri mengancam kewujudan beberapa candi budha purba yang terletak di wilayah ini.

Sementara di Wilayah Nakhon Sawan, sejumlah rumah warga juga masih terendam banjir. Setakat ini banjir telah melanda tiga wilayah di Thailand yang berpenduduk 2,4 juta orang.

Menurut data Department Mitigasi dan Pencegahan Bencana Thailand, jumlah korban tewas tercatat 237 orang dan tiga yang lain hilang. (DNI)

Sumber: metrotnews 7/10/11


Terburuk dalam tempoh 50 tahun: http://beritasemasa.com/gambar-banjir-di-thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...