بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 12 September 2011

Iman tak sihat

gambar hari raya pertama di Kelantan

Sedih sangat bila Iman tak sihat... hari ni hari yang ke-4.. 3 hari yang lepas dia muntah2 dan cirit birit dengan agak teruk juga.. tapi alhamdulillah dia masih aktif. Bagi apa semua keluar termasuk air kosong. Kesian sangat2 sampaikan UI menangis tengok keadaan dia.. tapi dia masih diam tak menangis. Masa UI menangis dia peluk ummi dia.. lagilah sedih..

Masuk hari ke-3 dan ke-4 keadaan bertambah baik. Muntah dan cirit pada hari ke 3 cuma 2x. Hari ni hari yang ke 4 dia dah tak muntah.. tapi pagi masa bangun tidur dia cirit lagi.. takpelah.. orang kata elok biar kuman yang ada dalam perut dia keluar.

Tapi malangnya semalam masa balik dari rumah makcik Iman kena 'kacau' menangis hampir 1 jam tak berhenti. Bawa pergi hospital dulu check takut perut dia sakit ke.. tapi hati ni rasa tak sedap terus telefon Pak Usop dan lepas jumpa dia baca2 dan bagi minum air jampi terus dia berhenti nangis. Balik rumah Pak Usop suruh mandikan. Dia kata Iman takut sebab nampak benda halus. Alhamdulillah lepas mandi dia tidur lena sampai pagi.

Lepas ni kena lebih berhati2.. sekarang jerebu masih teruk. Jadi tak bolehlah duduk di luar rumah lama2. Harap Iman cepat sembuh dan kembali sihat dengan sepenuhnya. InsyaAllah.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...