بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 22 September 2011

Gempa bumi Nepal, India & Cuba & Indonesia




Gempa bumi sederhana landa Banda Sea, Indonesia
26/9/2011

KUALA LUMPUR -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Banda Sea, Indonesia pada 11.39 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa bumi itu ialah di kedudukan 467 km tenggara Makassar, Indonesia dan 1,345 km tenggara Sarikei, Sarawak.


Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya. -- BERNAMA


8 terbunuh di Nepal dan India akibat gempa bumi di timur laut India

19/09/2011 1:34am

KATHMANDU 18 Sept. - Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban termasuk lima orang di Nepal dalam gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter di timur laut India hari ini, kata polis.
Menurut jurucakap polis, Binod Singh, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh di Kathmandu apabila dinding Kedutaan Britain runtuh akibat gegaran kuat itu dan dua lagi terbunuh dalam insiden berasingan di timur Nepal.
Seorang penunggang motosikal dan seorang wanita yang membonceng dirempuh dinding bangunan yang runtuh dan disahkan meninggal dunia di hospital Manmohan, kata Singh.
Gempa bumi yang berpusat di kawasan pergunungan Sikkim di timur laut India menyebabkan gegaran sehingga ke negara Jiran di Nepal dan Bhutan. - AFP

Gempa bumi sekuat 5.1 skala Richter di Cuba

16/09/2011 2:32am

WASHINGTON 16 Sept. – Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Cuba yang terletak di selatan Caribbean, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam.
Gegaran pada pukul 4.43 petang waktu Malaysia itu berlaku pada 107 kilometer barat daya Campechuela, kawasan selatan pantai dan 122 kilometer utara Teluk Montego, Jamaica.
Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan dari gempa bumi tersebut. - AFP



UI: Sebelum ni di Jepun... saja simpan rekod gempa ni.. untuk peringatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...