بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 16 Ogos 2011

Zakat fitrah


google image


Hari ni selesai menunaikan tanggungjawab membayar zakat. AI yang tolong bayarkan. Zakat negeri Selangor bernilai RM7 seorang. Jadi jumlah kami bertiga RM21. Nilai yang cukup rendah setahun sekali, jika nak dibandingkan dengan bayaran lain tapi kelebihannya cukup tinggi disisi agama kita. Duit zakat pula diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Betapa indahnya islam..

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...