بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 25 Ogos 2011

Shopping biskut & kerepek raya



Hari ni kali ke 2 pergi ke Banting. Kali pertama pergi rumah makcik yang sememangnya taukeh besar biskut raya di sana.. tapi malangnya banyak yang dah habis.... terpaksa order.. jadi hari ni pergi lagi tuntut kuih tapi hampa juga.. masih tiada. Takpelah nak buat macamana ambillah apa yang ada. Tahun ni cepat sungguh habis berbanding tahun sebelum ni.. habis juga tapi taklah secepat tahun ni.. banyak customer lama bersungut bila datang. Terkejut! aik selalu datang penuh... jangan tak tau kos pembuatan biskut sahaja dah bernilai RM10 ribu.. untungnya 3 kali ganda.. hebatkan! memang hebat... UI pun kagum dengan dia..

Oleh kerana biskut masih dalam pembuatan atau masih tiada.. jadi singgah dulu di Kerepek House.. terang juga... belilah apa yang ada.. dalam takde2 tu.. 3 plastik beg jugalah beli. Kalau nak tau depan sikit daripada Kerepek House belah kanan ada signboard kecil.. lupalah tulis apa kat situ.. terukkan.. tapi lebih kurang pengusaha kek dan biskut.. nama glamour makcik UI tu.. Ijah. Kenal ke? Suami dia tu adik pada arwah ayah UI. Perlu ke beritahu ni...

Dah lama tak bawa kereta.. rasa penat pula.. sebelum ni pergi Johor atau Melaka pergi balik pun takpe. Ni baru pergi Banting dah letih.. tanda2 dah tua ke tu??? oh tidak.. mari kita buat sesuatu.. macam iklan fair n lovely tu...

Oklah.. sekarang cuma ada masa awal pagi je nak update blog. Siang tak boleh.. Iman dah booking ummi dia.. hai.. manja betullah buah hati UI ni... kalau dia tengok duduk depan laptop je mesti dia merengek.. kena layan dia je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...