بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat mengerjakan ibadah puasa

google image


Assalamualaikum... ahlan wa sahlan ya ramadhan. Sekejap je dari setahun ke setahun masa ni bergerak. Yalah masa tak akan menunggu.. ianya akan terus berlalu... Alhamdulillah masih lagi berkesempatan mengerjakan ibadah puasa. Semakin berumur semakin tak rasa berpuasa, jika nak dibandingkan dari zaman kanak-kanak. Lapar... dahaga.. letih semuanya ada. Tapi sekarang ianya sudah biasa, malah tak terasa sebulan berpuasa.

Semalam UI berpeluang menjenguk pusara arwah abah dan adik. Ganti kain putih di batu nisan. Perkara yang UI suka buat setiap kali menyambut ramadhan. Semoga arwah semakin tenang di sana... insyaAllah.

Hari ni pula.. selesai sudah urusan membeli baju raya.. beli sampin Iman.. cute je.. tak sabar nak tengok dia pakai raya nanti.

Setiap kali bulan puasa kami mengamalkan berjimat cermat dalam berbelanja. Bila puasa tengok apa semua nak belikan? last-last terbuang.. membazir. Ialah perut kosong.. isi sikit pun dah rasa kenyang. Kalau terlebih makan sebu pula lepas tu mangantuk.

Dikesempatan ni UI ingin mengucapkan selamat berpuasa.. semoga ibadah puasa dan amalan kita di bulan yang mulia ini diterima olehNya. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...