بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 20 Ogos 2011

Produk kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream mengandungi racun, dilarang jual


2011/08/19


KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan hydroquinone. "Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam. - BERNAMA


UI: Dulu pernah guna produk pengelupasan.. tapi bukan pengguna tegar.. seminggu 2x. Rasa takut pula nak continue bila tau ada hydroquinone di dalamnya.. ialah kesannya bukan sekarang.. kesian bila tengok ada orang guna produk pengelupasan ni.. bila diorang berhenti kulit berubah menjadi hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...