بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 7 Ogos 2011

Macam-macam

Cartoon-Face.jpg

Setiap kali bulan puasa mesti banyak perkara yang tidak baik berlaku. Hairankan? walau syaitan dan iblis diikat tapi perkara yang tidak baik tetap banyak berlaku. Macam-macam cerita yang AI cerita pada UI, hari Jumaat baru ni ketika dia habis solat Jumaat di Masjid Negara dia kata ada seorang makcik tua terpekik2 diperkarangan luar masjid marah pada seorang lelaki yang turut berniaga di situ. Dia kata lelaki tu jual kurma curi dan macam2 lagi. Agaknya jualan dia tak bagus bila lelaki tu berniaga kat situ. Dia rasa terjejas. Adatlah berniaga. Rezeki masing2. Kalau perangai macam tu lagilah rezeki payah nak masuk. Semua orang geleng kepala tengok dia. Lelaki tu pula bila ditanya dia kata biarkan je lah. Cool je macam takde apa2. Tak rasa segan ke? jatuh maruah sebagai perempuan lebih2 lagi dalam kawasan masjid dan tidak menutup aurat pula tu.

Lagi satu kes ketika AI dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa dia ternampak pasangan suami isteri bergaduh atas motor. Habis semua orang tengok. Gaduh betul2 tau bukan gaduh2 manja. Agaknya apa yang diorang gaduhkan tu. Biasalah asam garam rumahtangga ada masanya ada juga selisih faham tapi janganlah sampai bertumbuk2 depan khalayak ramai. Malu orang tengok. Bulan2 puasa ni.. kenalah bersabar. Bincang elok2 kan boleh. UI paling tak suka tengok orang gaduh kat public.

Kes2 lain pun macam maksiat, pukul, bunuh pun tetap ada. Tak kurang kemalangan jalanraya. Setiap tahun UI perhati dalam bulan puasa paling banyak berlaku kemalangan. Belum masuk kes cedera main mercun. Tak serik2 diorang ni.. hai.. macam2 kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...