بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 22 Ogos 2011

Kes simbah asid yang semakin menjadi-jadi


google image
Cemburu Motif Anak Saudara Penyanyi Ramziela Dicurah Asid
PETALING JAYA: Cemburu adalah motif di sebalik serangan asid ke atas Mohd Raffie Abdul Latiff awal bulan ini, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Kata Khalid, hasil siasatan polis mendapati seorang lelaki yang ditahan Sabtu lalu cemburu akan hubungan Mohd Raffie dengan teman wanitanya.
“Isu simbahan asid ke atas mangsa bermotifkan cemburu. Dalam siasatan kita, kita dapati, kebanyakkan kes yang melibatkan serangan asid adalah bermotifkan sesuatu," ujarnya sambil menambah, suspek juga adalah kenalan mangsa.
Khalid berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Ops Sikap yang ke-24 sempena Hari Raya Aidil Fitri di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Isnin.
Mohd Raffie, 28, yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah, mengalami cedera parah pada wajah apabila seorang lelaki mencurah sejenis asid ke wajahnya berhampiran pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman awal bulan ini.
UI: Sebenarnya dari dulu lagi kes simbah asid ni dah ada.. kebanyakannya akibat cemburu. Orang kampung UI pun ada seorang kena akibat memutuskan hubungan. Tapi sekarang semakin menjadi2. Lagi dihebahkan di media makin menjadi ikutan pula.. ada yang buat kerana suka2. Hinggakan perompak sekarang pun dah guna asid.. bukan sahaja mangsa kena curi malah kena simbah asid pula. Jadi kenalah berhati2.. jika tengah memandu jangan sesekali membuka cermin tingkap. Walau apa pun yang terjadi.. kalau yang menaiki motosikal pula kena pastikan helmet ada penutup dan memakai jaket yang tebal.  Kalau yang berjalan macamana pula ya? kenalah baca doa pendinding sebelum keluar rumah. Moga kita dijauhkan dari musibah ini dan semoga penjahat seperti mereka menerima hukuman yang setimpal dengan nasib mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...