بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kereta demand nak raya


Tengok tajuk tu agak2 faham tak apa dia? Nak rasa tak puashati pun tak boleh juga.. sebab kalau dia mogok kita pula tak boleh nak beraya. Kereta oh kereta... seronok betul jadi keretakan? dia minta apa pun semua dapat. Kalau kita tak bagi kita pula yang merana.. tanpanya payah pula nak ke sana ke mari. Tapi kenapalah time nak raya macam2 pula dia minta.. tunggulah lepas raya ke...

Mula2 minta baju baru.. maklumlah yang lama dah macam kena peluntur kalau tak tukar baju baru takut koyak lagilah payah.. nampak aurat.. lagi besar dosanya (kosnya). Lepas tu jantung dia pula kena heart attack.. sekarang hati dia pula sakit.. dah berjangkit ke hempedu dan saluran pernafasan pula.. esok kena scan otak dia pula... lepas tu align dan balancekan body dia pula... (faham ke.. UI pun main pandai2 je bagi gelaran pada anggota dia) maklumlah nak jalan jauh dia nak pastikan dirinya sihat sepenuhnya lah tu.. ialahkan.. kalau tak kita juga yang susah. Dibuatnya semput tengah jalan lagilah bermasalah. Betul tak?

Apa pun UI harap perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Kelantan ni berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah.. insyaAllah. Tiap kali nak balik terasa jauh sangat perjalanan tu... tapi bila dah selamat tiba rasa alhamdulillah. Ada orang suka kalau ada kampung jauh2... itu buat mereka yang tiada kampung atau pun kampung dekat setakat 1 jam dah sampai. Yang kampung memang dah jauh... Ada ke yang tak suka balik... jarang jumpa kot... siapa yang tak suka balik kampung sendirikan? Jauh macamanapun tetap nak balik. Yang kampung dekat tu ok juga banyak boleh save... save duit minyak, duit tol, save tenaga.. masa.. kan... tapi kalau suka juga nak jalan jauh2.. bolehlah beraya rumah sanak saudara yang jauh2 tu.. tapi memang seronoklah kan.. kalau beraya dikampung yang betul2 kampung.. masak dodol.. ketupat anyam sendiri, bakar lemang. Teringat masa kecil2 dulu beraya di kampung arwah abah di Perak. Memang meriah sebab semuanya tradisional dan buat sendiri.. menyimpang dah UI ni.. tapi seronokkan kenang zaman dulu2..

Pada mereka yang pulang berhari raya dikampung.. berhati2 dijalanraya ok! pastikan keadaan kereta yang selamat dan keadaan driver juga yang sihat.. kalau mengantuk berhenti tidur dulu.. biar lambat asal selamat.. jangan terburu-buru.. takut yang tidak diingini berlaku.. ingat orang yang tersayang.. pandu cermat jiwa selamat.... macam dh nak raya je bunyinya... manalah tau ada yang pulang lebih awal. UI minggu depan insyaAllah akan bergerak pulang ke kampung suami. Jauhkan.. jarang balik.. maka raya mesti kena balik.. nanti orang tua kecil hati. Lagipun AI hanya 2 beradik sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...