بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hari ini dalam sejarah


Hari ni merupakan hari UI & AI mendapat hadiah yang cukup bermakna dalam hidup. Tak sangka cepat sungguh tanpa dirancang. Gerak hati AI untuk mencari anak murid arwah atuknya memberi seribu rahmat kepada kami sebagai suami isteri. Kebetulan hadiah yang diberi jatuh pada bulan puasa, bulan yang cukup mulia dalam bulan2 islam.

Kisahnya AI dapat panggilan dari isteri anak murid arwah atuknya menyuruh kami datang ke rumah mereka. Kami mulanya tertanya-tanya kenapa? sebab dalam panggilan tu menyuruh AI bawa UI sekali. Setelah pergi ke sana bertanya khabar.. tiba-tiba keluar ayat dari mulut anak murid arwah atuk AI "sebenarnya tok ayh nak bagi hadiah" AI pandang pada UI.. kami saling berpandangan.. terpinga2. Kemudian isteri tok ayh buat panggilan menyuruh seseorang masuk. Kami tengok mama Iman dukung Iman dan serahkan pada tok ayh. Terus tok ayh tatang Iman dan cakap "nah ambil ni... hadiah dari tok ayh". Masa tu dada UI berdebar.. AI terus bagi pada UI.. saat tu airmata kami meleleh keluar. Betapa terharunya perasaan masa tu.. rasa tak jejak bumi. 11 tahun kami menunggu kehadiran cahayamata tapi rezeki itu masih bukan milik kami. Apa pun kami redha. Malah hubungan kami suami isteri tetap utuh dan semakin rapat. Itu sudah memadai. Walaupun hakikatnya kami tetap tertanya2 bilalah rezeki itu akan tiba.

Alhamdulillah akhirnya kami terima cahayamata walaupun bukan dari benih kami sendiri tapi anugerah ini kami anggap lebih dari segala2nya. Kami anggap Iman sebagai darah daging kami sendiri, walau sebesar zarah sekalipun kami tak anggap dia sebagai orang luar. Amanah yang mama Iman, Tok Ayh dan Allah beri ini, insyaAllah akan kami laksanakan dengan sempurnanya. Moga Allah berkati usaha kami agar melihat Iman berjaya sebagai insan yang berpendidikan dan cukup nilai2 agama agar bila besar nanti dia akan lebih bertanggungjawab pada orang2 disekelilingnya.

Ya Allah.. terima kasih kerana telah mendengar doa yang telah kupanjatkan kepadaMu. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HambaMu ini benar2 bersyukur.

1 ulasan:

  1. anak ialah amanah dan anugerah yg terindah... hebatnya dugaan kak rose 11 tahun menanti... moga iman menjadi anak yg soleh...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...