بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 4 Ogos 2011

Gempa bumi kuat landa selatan Sumatera


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 pada skala Richter melanda selatan Sumatera pada pukul 8.16 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata gempa itu berpusat di 170km barat laut Bengkahulu, Indonesia dan 595km barat daya Johor Baharu. 

Sementara itu, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di New Britain Region di Papua New Guinea, 512km timur laut Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 6.39 pagi ini.

Gempa bumi dengan magnitud 5.4 juga melanda Sumatera utara pada pukul 4.02 pagi ini, 71km baratdaya Padang Sidempuan, Indonesia.

Satu lagi gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 pada skala Richter melanda laut Molucca di Indonesia, 238km tenggara Manado, Indonesia pada pukul 6.52am ini.

Kesemua gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. -Bernama

UI: Minta dijauhkan dari sebarang bencana. Biasanya hujung tahun mesti ada perkara tidak baik berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...