بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 1 Ogos 2011

Elia dan Khairul Fahmi tiada jodoh


UI antara blogger yang mengikuti cerita elia di blog jejariruncing.blogspot.com. Mula-mula happy je baca kisah mereka berdua ni. Biasalah orang muda.. berjumpa.. berkenalan dan jatuh hati. Dari ayat-ayat yang tertulis di blog elia UI dapat gambarkan yang elia ni seorang yang lurus, begitu juga bila membaca post Apek / Khairul Fahmi di facebook. Kedua-duanya adalah orang yang baik-baik cuma mungkin tiada jodoh antara mereka berdua. Lagipun usia mereka berdua sebaya dan masih muda. UI juga minat dengan skill Apek ni main bola. Bukan sebab suka jadi UI macam menyebelahi dia.


Kedua-duanya tak salah, biasalah dalam apa jua perhubungan jika ditakdirkan setakat itu bersama maka berakhirlah ikatan itu. Tapi biarlah walaupun tiada ikatan, hubungan sebagai manusia tetap berlansung macam biasa. Tuhan marahkan memutuskan sillaturrahim. UI percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Kena ambil yang positif dan yang negatif tu buang jauh-jauh. Walaupun pahit tapi ianya sementara.. insyaAllah yang manis akan muncul jua. Adatlah kehidupan ni ada masam-masam manis. Mungkin bukan jodoh. Percaya dengan ketetapan ilahi akan buat diri kita lebih mudah menerima ketentuannya. Sebab Allah lebih tahu yang mana sesuai dengan kita.

UI harap sangat Elia sabar dan UI percaya Allah akan memberikan yang terbaik untuknya. Buat Khairul Fahmi UI harap dia tidak terus hanyut dengan kesibukan duniawi semata. Walau apa jua keputusan buatlah dengan cara yang berhemah, jangan sampai ada yang berkecil hati.

Buat pembaca blog atau yang menghantarkan komen-komen di blog yang menceritakan perihal mereka, jangan cepat menghukum seseorang. UI baca sampaikan ada yang mengutuk cara Elia berpakaian dan membandingkan rupa. Kebahagiaan bukan sekadar bergantung pada rupa dan fizikal luaran, tapi hati yang berlandaskan keimanan. Keikhlasan seseorang yang sebenar ialah bila kita ditimpa musibah. Masa sihat memang mudah berkawan.

Apa pun semoga kedua-duanya cemerlang dalam bidang masing-masing. Anggaplah pertemuan dan perpisahan yang terjadi adalah sebahagian dari jalan cerita dalam diari hidup masing-masing.

Elia : Short & Sweet

Semoga blog jejariruncing akan tetap ceria berceloteh

UI: Update beautifulnara.com/khairul fahmi beri penerangan tentang dia dan elia putus tunang

1 ulasan:

  1. serah saja la kat jodoh...kalau ada, tak kemana...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...