بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 21 Ogos 2011

Beberapa siri gempa bumi melanda kepulauan di Australia


google image

2011/08/21

SYDNEY: Beberapa kejadian gempa bumi menggegarkan kepulauan South Pacific, Vanuatu menyebabkan kerosakkan minimum tetapi tiada laporan sebarang kecederaan, hari ini.

Amaran tsunami tempatan dikeluarkan tetapi kemudiannya dibatalkan dan tiada tsunami dicatatkan.
Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud berlaku pada kira-kira jam 3.55 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40.6 kilometer manakala pusat gempa ialah 63 kilometer, barat daya ibu negeri Vanuatu, Port-Vila.
Gempa bumi lain turut berlaku termasuk 7.0 magnitud pada kira-kira jam 5.19 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 28.5 kilometers manakala pusat gempa ialah 69 kilometer barat daya Port-Vila. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...