بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 1 Ogos 2011

Bawa Iman melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Hari Khamis baru-baru ni UI dan AI bawa Iman pergi Taman Burung di KL. Iman suka sangat dengan burung jadi kami saja bawa dia supaya dia dapat tengok burung dengan lebih dekat. Dah lama sangat tak pergi Taman Burung, harga pun sekarang dah naik per entry RM20 untuk orang dewasa. Kanak-kanak tak pasti pula mungkin separuh harga. Kami sampai hampir pukul 5 petang, ada masa 1 jam sahaja sebelum taman ditutup. Lagipun hari biasa orang tak ramai dan puashati jugalah sebab burung-burung di sana begitu mesra dengan kami. Sampaikan ada 2 ekor burung dah hinggap belakang badan UI.. terkejut sangat.

Mari saksikan kami bersama burung-burung di taman...


entrance

Iman jeling burung.. masa sampai sini dia baru je bangun dari tidur.. jadi muka pun nampak muka baru bangun tidur..

Masa ni dah nak balik duduk lama sikit di sini supaya Iman puas tengok burung-burung yang comel. Masa nilah ada burung yang berminat dengan UI sampai terbang dan singgah belakang badan dan jalan naik atas kepala. Tak lama lepas tu ada sekor lagi singgah kat belakang badan. Mesti burung tu ingat UI ni pokok agaknya..

cantikkan warna burung-burung ni..

yang ni pun...

tengok tu Iman excited nak kejar burung-burung.. ooopss kasut Iman tertinggal, tu yang dia berkaki ayam. Takpelah sekali sekala.. lepas keluar dari taman burung ni UI mandikan Iman di Surau kat situ.

lagi burung.. kali ni warna hijau pula..

tengok burung merak ni.. dia datang sendiri tau dekat Iman..

yang ni pun sama mula-mula dia lari.. lepas tu dia datang balik..

burung bangau..

burung merak yang malu-malu tadi... tapi datang balik kat kami...

bayar Rm10 untuk bergambar dengan burung menggunakan camera sendiri.. kalau nak guna servis yang disediakan Rm30 gambar siap printing. Macam tak percaya je burung-burung ni duduk atas badan.. tengok muka Iman tu.. masih lagi blur sebab baru bangun tidur kan.. termasuk terpegun melihat burung-burung ada didepan mata. Masa ni penuh pelancong tengok kami bergambar.

Banyak lagi gambar-gambar yang diambil... tak bolehlah nak upload semua. Kalau ada masa lapang bolehlah bawa anak-anak kat sini.. mesti diorang suka sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...