بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 7 Ogos 2011

Amaran JMM: Taufan Muifa akan landa perairan negara


05/08/2011 12:17pm


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora termasuk di beberapa kawasan perairan negara kesan daripada Taufan Muifa di Selatan-Tenggara Pangkalan Tentera Udara Kadena di Jepun hari ini.

Taufan Muifa yang dikesan pada 3 pagi itu kini bergerak ke arah Barat dengan perlahan, demikian menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Taufan itu kini berada 2,362km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 2,395km ke Utara-Timur Laut Sandakan di Sabah.

Berikutan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan di Phuket, Thailand, sehingga 12 Ogos dan di perairan Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Angin kencang itu turut diramal berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) serta Tioman (Pahang) pada Ahad dan Isnin ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi laut.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...