بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 4 Julai 2011

Terapi akupuntur part 2

google image

Hari ni giliran AI pula buat rawatan akupuntur. Selalu sangat sakit kepala. Biasalah ada Iman susah sikit nak buat dua-dua. So, kena gilir2. Tapi hari ni UI sepatutnya buat lagi sekali rawatan akupuntur tu tapi masalah sakit kepala dah hilang biarlah AI Iman pula yang buat. Mungkin masalah dia boleh selesai. Selalu sangat ambil ubat. Kalau UI sakit kepala susah sikitlah nak makan ubat, bukan takut tapi tak mau amalkan takut sangat dapat penyakit lain. Ubat hospital kan banyak dadah.

AI pun baru 1st time buat.. nampaknya dia macam nervous je.. sampaikan Dr tu suruh sembang2 dengan dia supaya dia tak nervous. Nervous ke?? bila tanya dia kata tak reti nak relaxkan badan atau mungkin jarum tu buat dia jadi kaku... sampai berpeluhlah.. siap kena tolong lapkan peluh lagi.. AI buat rawatan untuk masalah migrain, sakit belakang dan lenguh kaki. Dia kata sakit.. pelik juga.. mungkin tak sama kot.. ikut badan kita macamana.. tapi sakit masih boleh dikawal tidaklah terlalu sakit.. masa rawatan dia kata kaki kanan dia macam kejang, dibahagian kepala pula.. nak cakap pun susah. Tapi itu semua biasa masa buat akupuntur ni.. mengikut kata Dr lah..

Tapi yang pasti selepas habis rawatan.. masalah yang dihadapi dengan izin Allah pulih sepenuhnya. Kalau yang nak cuba bolehlah tengok entry sebelum ni bagus sangat dan kosnya pun taklah mahal bawah rm50 ikut rawatan yang kita buat. UI kena rm45 tapi AI cuma rm35 sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...