بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 6 Julai 2011

Tempahan dari Humaira dah sampai


Dalam pukul 11 pagi tadi lori Skynet berhenti depan rumah. Dah agak mesti tempahan dari Humaira dah sampai. Cepat! Semalam bank in pukul 3 petang hari ni dah dapat.

Teruja sangat.. terus buka.. sebenarnya ini kali pertama beli online. Sebelum ni takut sikit sebab takut tak sama apa yang dilihat di dalam internet dengan yang di luar. Kali ni rasa macam confident sikit walaupun ada rasa takut-takut juga. Beli sekali banyak pula tu.. Alhamdulillah memang memuaskan dengan harganya. Sebelum dapat takut sangat kainnya panas atau tebal sangat macam dibeli sebelum ni. Maklumlah pilih yang murah. Dah dapat memang selesa di pakai dan kainnya tidak terlalu tebal dan terlalu nipis. Cuma warna di dalam internet agak lebih cerah sedikit dari diluar. Apa pun tidak terlalu berbeza.

PicturePicturePicturePicture

Bila dah sampai rasa gelap-gelap pula baju yang dipilih. Kecuali warna pink tu. Selera memang macam tu.. rasa kurang selesa pula kalau pakai warna yang terang-terang. Nampak macam remaja pula.. macam perasan tua je bunyinya. Tapi itulah hakikatnya. Tapi AI suka warna yang terang, dari dulu komen UI suka warna gelap-gelap. Nak buat macamanakan.. adalah juga warna yang terang tapi taklah banyak. Bila pakai warna-warna macam ni rasa lebih confident dan selesa.

Nak jadi cerita orang yang drive lori Skynet tadi kenal UI. Dia tanya dulu duduk t.gong ke? alamak! dia kenal kita tapi kita tak kenal dia. Ada make upkan kat t.gong? Puaslah dia tanya kenal baizura tak? normah? ala sebelah rumah Salleh. Peramahlah pulak. Bila sebut nama normah tu kenallah itupun kalau betul orang yang dimaksudkan. UI cuma cakap yalah ada make up orang kat sana. Nama je pernah duduk kat sana tapi memang tak berapa kenal orang kampung. Tulah asyik memerap je dulu kat rumah. Lagilah dari form 1 - form 5 duduk kat hostel. Begitulah ceritanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...