بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 4 Julai 2011

Contest Saya Sayang Family Saya

click sini untuk join. Tarikh tutup 22 Julai 2011


Keluarga adalah segala-galanya bagi saya. Keutamaan adalah kepada mereka sebelum orang lain kerana keberkatan dalam hidup adalah menghormati mereka terutama mak dan abah. Gambar ni adalah saat manis keluarga kami bercuti di Lumut, Perak. Seronok sangat dapat menghabiskan masa bersama mereka. Waktu ni arwah abah masih sihat begitu juga arwah adik yang kami tidak sangka meninggalkan kami dalam usia yang begitu muda. Allah lebih menyayangi mereka. Kami redha dan akur dengan ketentuan ilahi. Sehingga hari ini kenangan bersama mereka tetap terpahat diingatan.


Gambar ini pula adalah gambar raya pada tahun 2009. Waktu ni adalah raya pertama kami tanpa arwah abah dan arwah adik. Kami berusaha untuk menghilangkan kesedihan mak yang kami rasa dia lebih terasa kehilangan dua insan yang paling rapat dengan beliau. Kami suka dengan hasil gambar ni sebab bukan senang kami nak ambil gambar ramai bersama-sama. Apa pun dua orang adik tidak dapat bersama waktu ni.. tetap ada kekurangan di sini. Tapi kami faham dengan masalah mereka. Apa pun kami semua dapat berjumpa sewaktu berkunjung ke rumah atuk. Tidak lupa pada arwah abah dan adik.. pusaranya kami kunjungi.. pasti hiba dihati sebab disaat-saat begini kehilangan mereka cukup terasa.

rakan tag:


Cermin mata untuk masalah rabun. Click sini untuk info selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...