بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 2 Julai 2011

Sara anai-anai

google image

Sara anai-anai?? Kalau makhluk ni dah mula nak menakluk kediaman kita apalagi sediakanlah wang untuk menyara kematiannya. Bukan sara untuk hidup nak mati pun kena sara.. tak pasal-pasal 2 bulan sekali kena keluar duit untuk menyara kematian makhluk ni. Kami tak buat drill satu rumah yang kosnya dalam RM1,500 sebab ada yang kata cara ni kurang berkesan juga. Terpulanglah pada masing-masing. Kalau sekali spray kosnya RM80, kalau nak buat 2 bulan sekali kosnya RM70.

Hari ni merupakan kali ke-2 operasi memusnahkan makhluk perosak ni.. harap-harap cepat-cepatlah dia dan keluarganya pergi selama-lamanya. Tak sanggup nak sara lama-lama. Daripada sara makhluk ni yang tidak mendatangkan keuntungan lebih baiklah menabung dalam simpanan Iman.

Wahai anai-anai dengarlah rayuan tuan rumah ni.. carilah tempat lain yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman kediaman manusia.. Selamat Tinggal dan Jangan Berjumpa Lagi..

Oh ya kalau ada yang tengah cari-cari siapa yang boleh membantu. Sila hubungi:

Standard Fumigation Sdn Bhd
No. 87, Lorong Berembang Off Jalan Kem
Pelabuhan Klang
Tel: 03-31680959, 03-31686495
En. Taha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...