بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 25 Julai 2011

Persediaan Ramadhan & Syawal

google image

Salam semua... masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi kita nak menyambut bulan ramadhan. Tahun ni kami buat persediaan awal untuk menyambut Syawal dengan harapan sebelum Ramadhan segala keperluan untuk Syawal sudah selesai. Hari minggu yang lepas kami bertiga sudah pun selamat membeli baju raya.. tema tahun ni warna brown nak ke maroon sikit.. mula2 plan warna biru.. tapi UI dapat mimpi pakai warna coklat so tukarlah ikut alamat mimpi. Bukan percaya pada mimpi, tapi kebetulan rasa cantik pula warna tu.. kami shopping di Jaya Jusco je.. senang baju melayu Iman dengan ayah dia boleh dapat sedondon. Material kain tak panas. Harga pun berpatutan. Tak perlu pilih kain dan tempah. Sebelum ni susah sangat kalau nak suruh AI pakai baju melayu sepasang. Sejak ada Iman ni semuanya bertukar.. dah ada penyeri rasa seronoklah sikit agaknya dia nak pakai sepasang.. ialah ada kawankan.

Mulai esok AI ambil cuti hingga hari Jumaat, plan nak pergi Sogo cari tshirt dan seluar untuk Iman. Orang kata kat Sogo baju budak cantik-cantik compare dengan pasaraya lain. Dah lama tak pergi Sogo.. bertahun2 sudah.. sampai tak ingat berapa tahun. Sana masalah parking yang susah sikit, sebab tu malas nak pergi. Sabtu hari tu pergi juga tapi masa dah suntuk dengan jalan jem.. makanya tak jadi. AI adalah pergi masa lunch hour.. ialah office dekat je area situ.. dia yang beriya-iya ajak pergi. Harap2 masih ada lagi yang menarik untuk dibeli.. UI pun nak cuci mata kalau2 ada yang berkenan.. apa dia?? biasalah orang perempuan kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...