بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 11 Julai 2011

NinazCakes Syahr El Aziz Fund Raising Giveaway


ninazcakes.blogspot & facebook.com/NinazCakes telah menganjurkan satu GA bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan buat saudara Syahr El Aziz yang telah menghadapi ujian yang cukup besar dalam hidupnya. Beliau kini masih berada di hospital. Untuk mengetahui kisah mengenai beliau sila click sini. Cukup terharu membaca kisah beliau dan beliau memang insan yang cukup tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

"Buat saudara Syahr El Aziz walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan "awak memang seorang yang tabah dan hebat" semoga ketabahan saudara akan membuatkan lebih ramai insan di luar sana mensyukuri apa yang mereka ada. Teruskan azam dan semangat untuk terus hidup dan sentiasa berdoa kepadaNya. Mungkin ada banyak hikmah disebalik apa yang berlaku kepada saudara dan akan memberikan inspirasi kepada insan lain agar mereka menjadi insan setabah saudara. Saya doakan semoga Allah meringankan kesakitan yang ditanggung dan memberikan peluang untuk mengecapi keindahan kehidupan selagi hayat dikandung badan."

Marilah kita beramai-ramai memberikan sokongan kepada beliau. Saya percaya dengan kata-kata perangsang dan semangat sekurang-kurangnya beliau akan rasa lega dan lebih kuat untuk mengharungi ujian hidupnya bahawa beliau tidak keseorangan, masih ramai teman walaupun yang tidak beliau kenali sentiasa berada dibelakang mendoakan kesejahteraan hidupnya.

update: Allah lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...