بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 7 Julai 2011

Lagi kes membabitkan escalator

MUHAMMAD SHEVANA...maut
MUHAMMAD SHEVANA...maut


Banyak pula sekarang ni kes membabitkan escalator. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak tak kurang orang dewasa. AI ada cerita sewaktu dia naik escalator di hentian Putra, LRT baru-baru ni ada seorang perempuan terjatuh sebab tiba-tiba kasutnya termasuk dalam celah escalator hingga patah tumit kasut. Tak kurang banyak kes sebelum ni kaki budak tersepit. Jadi kenalah lebih berhati-hati dan pastikan langkah-langkah keselamatan diambil berat. Perkara macam ni susah dijangka, cuai sedikit buruk padahnya. Lagi-lagilah kalau anak kita ni yang jenis agresif. UI pun takut juga sewaktu melalui pengalaman pertama naik escalator. Tengok tangga tu bergerak dan pastikan betul-betul selamat baru pijak. Masa tu rasa laju betul tangga tu bergerak. Sekarang tentulah dah mahir tapi tak boleh over confident kalau tak kena gaya terlepas garisan kuning kaki terkena bucu tangga.

Lagi satu yang UI baru tau kasut crocs bahaya jika naik di escalator. Banyak kes sudah berlaku di luar negara.


Crocs have been issues warning for having made accident-prone shoes. It says thousands of children across Wales have been injured while wearing the flexible clogs from Crocs on escalators. I am not sure whether Crocs should be blamed for these accidents yet the mere construction of the shoes has its own typical hole design on the upper.


google image



KUALA LUMPUR: “Saya hanya sempat menyentuh tangannya sebelum dia terjatuh dari tingkat dua,” kata Nathira Begam Abdul Kadir, 34, ibu kepada Muhammad Shevana Zhakir Husin, budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat terjatuh daripada tangga bergerak sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya sehari sebelum itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa mengikut ibu dan bapanya, Zhakir Husin Abdullah, 33, ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk urusan memperbaharui visa bapanya sebelum mereka sekeluarga melawat tempat kelahiran bapanya di Thiruvarur, India.

Sebelum kejadian malang itu, mangsa leka bermain bersama adik bongsunya berhampiran tangga bergerak di tingkat dua bangunan berkenaan lalu terjatuh ke tingkat bawah melalui lubang yang terletak antara penghadang dan tangga bergerak itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala mulanya dihantar untuk rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan keadaannya yang kritikal, lewat malam kelmarin.

Selepas tidak sedarkan diri selama beberapa jam akibat pendarahan beku di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Nathira Begam berkata, sebelum kejadian itu, anak bongsunya menangis lalu menghampiri mangsa dan adiknya sebelum tiba-tiba mangsa terjatuh melalui lubang yang tidak diletakkan sebarang penghadang itu.

“Saya tidak sempat menariknya dan hingga kini, kejadian itu masih tidak mampu dilupakan,” katanya ketika ditemui di HKL, di sini, semalam.

Zhakir Husin pula berkata, niat mereka sekeluarga pulang ke kampung halamannya di India tidak kesampaian selepas kejadian yang mengorbankan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, sudah lapan tahun dia tinggal di negara ini selepas mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kopi dan bercadang pulang ke kampungnya bagi memberi peluang kepada ibu bapanya melihat cucu mereka.

“Saya cukup kecewa dengan pengurusan Jabatan Imigresen yang tidak menutup lubang yang boleh ditembusi dengan mudah dan akibat kecuaian mereka, kami kehilangan anak kedua,” katanya.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

sumber: hmetro.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...