بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 5 Julai 2011

Iman dah marah ummi mengadap laptop

layanlah saya..

Saja je letak gambar ni sebab dia macam tengah geram. Sekarang ni dah pandai kalau nak duduk je buka laptop dia dah merengek-rengek. Boring agaknya takde kawan. Ummi dia pula sibuk nak berblog. Sampaikan dia off plug. On balik dia off lagi.. macam tulah.. kena duduk je dekat dia baru takpe.

Susah juga kalau duduk berdua je dengan dia dirumah. Nak pergi mana-mana semua dia nak ikut. Kalau tinggalkan mesti nangis. Sampaikan nak masuk toilet pun susah. Kenalah ambil seat makan dia letak depan pintu toilet. Kena main cak2 dengan dia. Macam tu baru ok.

Kalau nak masak pulak kenalah bagi dia main mangkuk plastik apa yang ada bagi dia diam. Nak lipat kain pun susah mesti dia ambil yang dah dilipat. Yang tak lipat taknak pula dia kacau. Kenalah tunggu dia tidur baru senang nak buat apa-apa pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...