بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 3 Julai 2011

Cermin mata baru..

google image


Hari ni oopss dah semalam sebab masa entry ni ditulis jam menunjukkan 1:01am UI ambil spec yang di tempah pada hari rabu tempohari. Tengok gambar di atas itulah brand spec UI yang baru.. murah je lagipun ada diskaun bertambah2lah murah harganya. Cermin mata yang lama dah tak selesa dipakai.. kepala pun sakit kalau lama-lama keluar lebih2 lagi dalam cuaca panas. Mata ni bukan sahaja rabun tapi silau pun tinggi. Nasib baiklah AI ada rezeki lebih bulan ni.. syukur alhamdulillah..

Oh ya kenapa pilih spec ni.. malas nak fikir soal cantik atau tak yang penting selesa dipakai. Kali ni beli frame penuh dan pemegang telinga getah semuanya. tak tau pula nak panggil apa. taklah sakit bila tertekan di telinga. Kalau frame separuh seperti sebelum ni payah juga mudah retak kalau jatuh. Lagi2lah ada baby kecil yang suka sangat main cermin mata. Ada guna contact lens tapi tak memenuhi keperluan mata yang ada rabun silau. Power semuanya naik 25.. rabun dan silau.. makin lama makin tinggi.. risau juga bila fikir soal ni.. 

Tak sempat lagi ambil gambar guna spec baru. Tadi ambil terus pakai nak serasikan keadaan sebab power dah naik. Ada masa 2 hari.. kalau tak ok boleh tukar. Kali ni buat di Rozaimi Optometrist Andalas, Klang. Baru 1st time buat kat sini.. erm.. tahun lepas 2 cermin mata dah buat. Semuanya gara2 tak selesa dan bila tak selesa kepala pun pening sampai muntah2 lagi. Tak tahulah kenapa jadi macam ni. Dulu 1 spec boleh tahan sampai 2 atau 3 tahun. Sekarang sensitif sikit kalau rasa tertekan dibahagian hidung atau telinga kepala dah start sakit. Harap2 yang ini oklah.. makin berumur ni makin mengada-ngada pula fizikal ni.. itu tak kena ini tak kena. Belum lagi bergelar usia emas.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...