بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 21 Julai 2011

Cerita Iman yang tertunggak...

Dah lama tak cerita perkembangan buah hati kesayangan UI ni.. baru-baru ni Iman accident dengan 'loyi' kesayangan dia.. jaga anak kecil ni memang kena sentiasa peka.. masa kejadian tu Iman main dengan ayah dia. Tiba2 dengar dia menangis... Ya Allah Iman! itu je yang keluar dari mulut.. masa tu marah sangat pada AI.. biasalah kalau UI cuai AI pun mesti bagi ceramah. Macam tu lah kalau dah sayang anak siapa buat silap mesti rasa bersalah. Tapi takdelah masam-masam muka. Perkara dah nak jadi tapi kena lebih hati-hati. Iman jatuh tersembam masa turun dari 'loyi' dia tu.. masa baru berlaku terus letak minyak, masa tu tak nampak lagi apa-apa. Esoknya ada kesan calar kat hidung dia.. kenalah tunggu luka tu kering sendiri dan sekarang alhamdulillah kulit dia dah pulih dan tiada tanda.

Belakang Iman tulah 'loyi' dengan sofa yang Iman suka panjat. Lagi satu suka sangat dengan bola. Sekarang 'loyi' dah  kena 'kuarantin' 

Sekarang ni Iman dah pandai cakap A dan B.. mula-mula A je bila lama-lama dah boleh sebut B. Dah faham apa kita cakap. Kalau ummi cakap NO dia geling kepala.. kalau ummi dia cakap turun elok-elok.. turun kaki dulu masa dia naik sofa.. itu pun dia faham. Nak cakap ini tak boleh itu tak boleh nanti dia rasa terkongkong pula.. jadi bagi je dia buat apa yang sepatutnya mengikut perkembangan dia. Jadi dah boleh biarkan dia turun naik sofa sendiri.. tapi masih kena tengok takut dia seronok sangat terjatuh pula. Yang paling seronok dah pandai cakap 'habis' kalau dia dah habis minum susu. Tapi sekarang dah susah nak sebut, tapi bila kita buat apa-apa dia tengok dah siap mesti dia cakap 'habis'. Cute kan.. UI tengok Iman ni cepat belajar dan faham.. bila UI buka pintu rumah.. dia tak berani turun, permukaan dalam dan luar rumah tak sama tinggi. Jadi UI cakap jangan turun nanti jatuh.. memang dia tak berani nak turun. Kalau ayah dia balik UI buka pintu mesti dia berdiri je depan pintu panggil ayah dia. Suara tu kuat usah cakaplah..

    
google images

Oh ada satu lagi cerita.. Iman ni takut blender.. jadi senang je kalau kita tak nak bagi dia kacau atau usik apa-apa letak je blender kat situ, mesti dia tak pergi. Perkara ni dah lama.. masa UI nak blend cili tiba-tiba dia jerit ketakutan. Masa tu pelik je tengok dia.. tapi kesian juga nampak takut sangat. Sampaikan ummi dia jarang-jarang blend sekarang. Iman ni lemah semangat sikit sebab bila dengar bunyi apa-apa yang kuat dia akan terkejut dan menangis.

google image

nasib baik kat rumah ada 2 blender, tapi bukan macam gambar di atas tulah.. brand national je.. 1 hadiah masa berkahwin dulu.. dua-dua dah berusia 12 tahun tapi yang hadiah tu baru je guna tahun ni.. alhamdulillah barang-barang rumah semuanya masih elok..

Ada lagi satu yang dia pandai... yang ni memang dia suka kalau dapat.. nak tau apa dia??
google image

remote control.. dah pandai tekan.. yang paling dia suka remote kipas sebab kipas tu ada lampu, tu yang dia seronok sangat kalau dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...