بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 13 Julai 2011

Bosan


Pernah tak ada satu hari yang kita rasa diri kita membosankan. Adakah kita ni seorang yang bosan?? Adakah kita sendiri bermain dengan perasaan diri sendiri atau memang orang anggap kita ni memang membosankan. Kawan tu perlu walau kadang2 kita fikir keluarga sudah memadai. Tapi berapa ramaikah kawan kita? Adakah orang berkawan dengan kita bila perlu sahaja atau orang berkawan sebab memang suka berkawan dengan kita.

Saya memang tidak ramai kawan, tapi masih ada kawan sekolah rendah, menengah dan kolej yang berhubung dengan saya hingga kini. Itu kira kawan yang rapat di zaman belajar. Ada seorang kawan yang kenal masa kerja yang rajin berhubung tak kurang juga kakak yang saya kenal masa zaman praktikal. Sejak ada FB  dapat berjumpa balik kawan2 lama. Tapi hanya di FB sahaja. Ada jugalah buat reunion, memang seronok dapat jumpa dengan kawan lama.

Terus terang memang saya bukan jenis orang yang peramah. Ramai yang kata kalau pertama kali lihat saya nampak macam sombong. ??? saya sendiri tak tahu muka saya ni sombong. Tapi bila dah kenal diorang kata saya ni bukan macam tu malah bila dah kenal cakap tak berhenti. Nak buat macamana? kalau boleh adjust muka ni biar nampak tak sombong akan saya adjust dengan segera. Tapi masa zaman anak dara dulu memang orang lelaki pun takut nak dekat. Diorang kata nampak serius sangat muka. Saya ni memang susah nak gelak mungkin itu salah satu sebab muka nampak serius. Kalau banyak sangat gelak kepala ni boleh sakit.

Kadangkala kita tak perasan.. ialah tanggapan orang pada kita bila mereka melihat luaran kita dahulu kan? tu bila kita tengok orang muka serius kita kata dia sombong. Takut nak tegur.. erm.. kalaulah saya dapat muka semanis Iman anak saya tu kan best. Pergi mana2 semua orang suka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...