بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 12 Julai 2011

Apakah nasib kita di hari tua?



google image

Sejak kebelakangan ni warga tua atau pun warga emas tidak mendapat perhatian atau kasih sayang daripada anak-anak. Malah ada yang dikasari tak kurang yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Dimanakah silapnya... adakah kerana kurang didikan agama? apakah nasib kita pula dihari tua.. sedih dengan nasib yang menimpa mereka, anak yang ramai belum tentu dapat menjamin kehidupan dihari tua. Menatang anak bagai minyak yang penuh namun akhirnya minyak itu tumpah kembali membasahi diri. Berbagai alasan yang anak beri bila terpaksa menjaga mereka. Tidakkah kita sedar tuntutan agama supaya menghormati kedua ibubapa bukannya mengibaratkan mereka seperti kain buruk yang boleh dicampak ke sana ke mari. Bila hati tidak ikhlas bermacam alasan digunakan. Bagaimana jika anak-anak kita memberikan alasan yang sama bila kita tua kelak? Anak-anak tuding jari antara satu sama lain, kalau kita anak yang soleh tiada perbandingan yang perlu kita buat. Sudah tentu ganjaran pahala yang amat besar dari Allah, dan mereka yang tidak bertanggungjawab sudah tentu dosa yang mereka dapat. Apa yang penting adalah kebajikan ibubapa kita yang tua dan uzur. Hilang mereka tiada pengganti. Di saat itu nanti pasti akan terasa kehilangan mereka, tapi mungkin pada yang merasa seperti beban kehilangan mereka akan membuatkan mereka lebih lega kerana tiada beban yang perlu dipikul. Nauzubillah..

Kes 1
KUANTAN: Seorang lelaki tergamak memaki hamun dan mencederakan ibunya hanya kerana permintaannya mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi.

Warga emas yang berusia 61 tahun itu bukan saja terpaksa menelan segala maki hamun lelaki terbabit malah kepalanya turut cedera akibat tersembam di lantai selepas ditolak anak derhaka berkenaan.

Kes 2
JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.

Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.

Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.

“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

Akta
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang dalam kajian mewujudkan satu akta yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid memberitahu perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia membabitkan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

Kami tidak mahu anak menjaga orang tua mereka dalam keadaan terpaksa tetapi hendaklah atas dasar kesedaran, kerelaan, sikap menghormati dan menyayangi orang tua mereka. Nilai kekeluargaan perlu dipupuk sejak kecil sama ada melalui sistem pendidikan di sekolah, pendidikan agama dan juga program kesedaran serta bimbingan dan ajaran dari ibu bapa sendiri.

Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab anak menjaga ibu bapa di kala usia emas mereka. Membiarkan mereka seharusnya tidak digunakan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul anak.

Beliau mengulas beberapa kes ibu bapa ditinggalkan anak di tempat awam seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

Beliau menyatakan kemasukan ke institusi warga emas kelolaan JKM adalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya mendapati ada warga emas tidak mempunyai anak atau waris untuk menjaganya.
Berita disunting daripada sumber : Berita Harian
Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Lagi kupasan menarik tentang isu ini di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...