بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 8 Julai 2011

2 hero sakit


Kesian 2 hero hari ni.. AI semalam kerja hari ni baru balik nak siapkan kerja di office. Biasalah buat kerja untuk projek macam tulah kena kejar masa. Kalau kita tak tidur 24 jam mestilah pening. Pagi tadi ambil dia di stesen komuter p.klang dengan Iman. Beli sarapan dulu sampai rumah makan dan terus tidur. Kepala dia dah start pening macam nak pitam. Terpaksalah ambil ubat dulu sebelum tidur. Tapi masih tak ok hinggalah saat entry ini ditulis. 

Iman pula salah UI tak tengok diaper dia. Pukul 5 dah membuang terus mandikan, tengok dia dah mengantuk nak tidurkan dia.. tapi dia taknak tidur, tiba-tiba menangis. Pelik kenapa dia menangis macam tu. Sampaikan terpaksa kejut ayah dia.. tapi tak berhenti juga.. UI tak puashati baringkan dia check lagi sekali diaper dia.. laa.. dia membuang lagi rupanya.. masa tu dah pukul 6. Patutlah dia nangis dah merah2 kat bebird dia dengan punggung dia.. maafkan ummi.. pelik dah check 2/3 kali tapi tak perasan. Baringkan dia buka seluar baru nampak. Rasa bersalah sangat. Masa dia nangis tu mesti dah pedih.. sampaikan muntah dia sebab menangis. Terpaksalah mandikan dia sapu minyak but-but HPA terus dia tertidur tak sempat pakai baju lagi.

Kesian kat 2 hero ni.. hari ni hari yang kurang baik untuk diorang berdua. Sabar ya! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...