بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Jumaat, 3 Jun 2011

Zikir murah rezeki


Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, ertinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, ertinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, ertinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, ertinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah “

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.

sumber

1 ulasan:

Masya berkata...

insyaallah amalkan lepas solat yer...