بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 27 Jun 2011

Terapi akupuntur

image from google

Semalam (hari Ahad) risau sangat dengan masalah urat kepala yang tegang sebelah kiri tanpa henti, UI minta AI carikan tempat untuk rawatan akupuntur. Teringin nak cuba.. biasanya pergi mengurut. Tapi kali ni nak cuba sesuatu yang baru.. mungkin lebih baik. baru pertama kali buat. Takut? ada juga tapi disebabkan sakit takpelah janji baik.. cari punya cari jumpalah tempat yang sesuai di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Dah bagitau pada AI nak perempuan. Alhamdulillah.. dapat juga.. namanya Chen Han Qi. Bukan calang2 ada master lagi dalam perubatan akupuntur ni. Dia berasal dari negara China. Tak pandai cakap melayu.. so, kena communicate in english. Kami datang dah lewat.. tutup pukul 8.30 mlm.. kami sampai pukul 8.00 mlm. Mula2 dia suruh datang hari lain sebab ambil masa lebih kurang 20-45 minit. Lepas dia check nadi dia pun suruh masuk dalam bilik. Nampaknya ada peluang untuk dapatkan rawatan. Dia buat terapi khas untuk masalah sakit kepala UI. AI tengok bersama Iman.. Iman ooo.. dia pun seram agaknya. AI kira jarum yang ada.. dia kata ada 29 batang jarum. Dia tanya sakit ke? UI cakap tak sakit. Cuma masa dia cucuk jarum di kaki belah kanan tiba2 macam kena renjatan elektrik. Dr tu kata normal.. agaknya ada masalah kat situ.. kalau gerak kaki rasa sakit sikit, ada rasa kebas2. Dr tu asyik tanya macamana kepala dah kurang ke sakit. Masa buat tu kepala yang sakit rasa macam bertambah berat. Dr tu pusing2kan jarum.. untuk masalah leher dia suruh pusing kepala kiri kanan. untuk masalah sakit kepala.. Dr suruh tarik nafas dalam2 semasa dia gerak2kan jarum. Lepas tu dia suruh relax.. adalah dalam 10 minit.

Lepas cabut jarum Dr tu tanya lagi macamana sakit kepala UI. Dah kurang ke? Masa tu masih rasa berat. Dia suruh datang balik dan buat lagi.. lepas tu baru dia bagi ubat untuk makan. Tapi tak lama lepas tu rasa berat beransur-ansur hilang. Pagi tadi masa bangun tidur sakit di belikat dah tak ada. Selalunya bangun pagi rasa sakit kat belikat. Mungkin sebab dukung Iman yang dah cecah 9kg. Lega rasanya.. sebab masalah lain pun turut hilang. Mungkin kami akan pergi lagi hari Ahad ni. AI pun nak cuba juga.. dia pun kerap sakit kepala.


Sesiapa nak cuba ini alamatnya:

SunTech Traditional Healthcare Sdn Bhd
No. 15 & 17, Lorong Batu Nilam 3A
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang, Selangor

Tel: 03-3324 6511

4 ulasan:

  1. kebelakangan ni saya jugak alami masalah tegang urat kepala. Entah apa masalahnya. Mungkin boleh try jugak ni.

    BalasPadam
  2. cubalah.. mungkin tak cukup rehat. rawatan ni diiktiraf WHO

    BalasPadam
  3. harga rwatan pulak macam mana? mahal ke?

    BalasPadam
  4. harga rawatan tak mahal (tak lebih dari rm35) tapi ubatnya agak mahal juga. kalau nk buat terapi sahaja pun takpe.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...