بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 12 Jun 2011

Ramai mati cepat


image from googles

GENTING HIGHLANDS: Kerajaan akan melancarkan pelan strategik kebangsaan untuk memerangi penyakit tidak berjangkit berikutan ramai yang meninggal dunia awal atau sebelum purata jangka hayat dengan mengutamakan gaya hidup sihat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.

Katanya, kadar jangka hayat untuk kaum lelaki di Malaysia adalah 71.6 tahun dan 76.4 tahun untuk kaum wanita.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia meninggal dunia dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun akibat penyakit yang tidak berjangkit, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina anjuran Genting Group di sini.

“Kematian awal adalah satu isu besar dalam negara ini dan pelan ini bukanlah hanya usaha Kementerian Kesihatan, malah akan melangkaui kementerian dan jabatan kerajaan yang lain supaya ia lebih berkesan.

“Ia adalah pendekatan kerajaan secara menyeluruh, bukan hanya Kementerian Kesihatan dan kami akan membabitkan rakyat dalam kempen kami,” katanya.

Pelan terbabit yang akan mengutamakan gaya hidup sihat akan menangani isu mencegah kegemukan berlebihan yang menjadi salah satu punca berlakunya penyakit yang tidak berjangkit.

Liow berkata, pelan terbabit yang mendapat restu Kabinet akan mempromosikan aktiviti senaman, pemakanan yang seimbang atau cara makan yang betul dan tabiat tidak merokok.

“Saya harap melalui pelan ini kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada penyakit yang tidak berjangkit,” kata Liow yang juga mengulas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat sakit jantung kelmarin.

Liow, yang juga Pengerusi MCA Pahang, berkata Zaharuddin adalah seorang Adun yang rajin, sentiasa bersama rakyat dan kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Barisan Nasional.

Menteri itu, yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Zaharuddin, berkata daripada berkata 16 pilihan raya kecil yang diadakan atau akan diadakan sejak Mac 2008, 13 adalah disebabkan kematian.

Daripada angka kematian terbabit, satu berpunca daripada kemalangan jalan raya dan yang lain adalah daripada penyakit tidak berjangkit - tiga daripada kanser dan sembilan daripada sakit jantung.- Bernama

sumber: myMetro 12 Jun 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...