بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Jun 2011

Kalau saya dapat RM300....


UI  akan menabung ke dalam akaun ASW Iman. Awalnya nak buka akaun ASD tapi tiada ruang langsung sebab dah penuh. ASW ni pun kena tunggu orang jual baru boleh masuk. 2 hari juga ambil masa nak masuk. Menabung dari awal... sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Bila dah besar boleh guna untuk pembelajaran Iman.

Jadi kalau dapat RM300 ia akan bertambah. RM300 x 6.35% setahun = RM19.05.. jika 18 tahun?? belum sempat nak kira tapi boleh kata banyak jugalah sumbangan yang diberikan oleh blogger Safra Shukry kepada Iman. Besar jasanya tu.. hehehe..

Di bawah entry ni UI sertakan maklumat tentang ASD, ASW dan Akaun Nuri Bank Rakyat untuk blogger-blogger lain. Selamat menabung demi masa depan anak-anak kita. Nak dapat RM300 kenalah buat kerja sikit.. lagipun sharing is caring! UI LIKE!

Nak dapatkan RM300 juga ke? sila click di sini untuk join


Tarikh tutup penyertaan: 15 July 2011 pada jam 11:59pm


Rakan Tag:


1. http://blog-mommy-daddy.blogspot.com/
2. http://sue-5-beradik.blogspot.com/



Nama Tabung AMANAH SAHAM DIDIK (ASD)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April , 2001
Objektif Untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mengharapkan pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dari pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada), sebagai persediaan keperluan kewangan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan pelabur dan ahli keluarga pada masa hadapan.
Kelayakan Bumiputera Malaysia.
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Bijak ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit >RM 1.00
Bentuk Pelaburan >Buku Pelaburan >Skim Pelaburan Ahli KWSP

Pelaburan Permulaan Minimum >Buku Pelaburan- 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum >Buku Pelaburan - 1 unit >KWSP - RM1,000

Pelaburan Maksimum >Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung >4.5 bilion unit
Caj Jualan >Tiada
Caj Jualan Balik >Tiada

Pembayaran Jualan Balik Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang >Tiada
Tahun Kewangan Berakhir >30 Jun

Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

PRESTASI TABUNG
Tarikh Berakhir 30 Jun > Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen)
2008 > 7.00
2009 > 6.30
2010 > 6.35



Nama Tabung AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW 2020)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 28 Ogos 1996
Objektif Untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
Kelayakan Warganegara Malaysia.
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit >RM 1.00
Bentuk Pelaburan >Buku Pelaburan >Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan Minimum >Buku Pelaburan - 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum >Buku Pelaburan - 1 unit >KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum >Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung >14.00 bilion unit.
Caj Jualan >Tiada
Caj Jualan Balik >Tiada
Pembayaran Jualan Balik >Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang >Tiada
Tahun Kewangan Berakhir >31 Ogos

Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Ogos > Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
2008 > 7.00
2009 > 6.30
2010 > 6.35


AKAUN SIMPANAN-i NURI
Akaun Simpanan Nuri merupakan akaun simpanan disediakan khas untuk kanak-kanak.
Konsep
Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke bawah
  • Pembukaan akaun minimum RM10.00 sahaja
Keistimewaan
  • Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
  • Dapat menikmati pakej diskaun yang menarik dari rakan strategik Kelab Nuri
  • Menawarkan pelbagai bahan galakan yang berbeza pada setiap tiga bulan seperti Tabung Nuri, Beg Sekolah, Topi Nuri dan bermacam-macam lagi
  • Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Kem Cuti Sekolah, Kembara Alam Laut dan lawatan sambil belajar

Jumlah Simpanan
Kadar % p.a.
RM5,000 dan ke bawah
0.75
RM5,001 – 10,000
1.00
RM10,001 – 30,000
1.50
RM30,001 – 50,000
2.00
RM50,001 – 100,00
2.00
RM100,001 dan ke atas
2.00

2 ulasan:

  1. thank you or sharing, contemplating samada nak pilih ASW or ASD for my child..:)
    rasa rasanya..mana yang terbaik ek?:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...