بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 19 Jun 2011

5 Nutrisi Penting Untuk Anak

Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas. Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan bersama NAROSWATI NAIB.

1. Kalsium
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Magnesium
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3. Serat
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Vitamin D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

5. Vitamin E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

sumber: Majalah Pa&Ma

1 ulasan:

  1. salam....

    mai la join

    sparklemaneh.blogspot.com/2011/06/contest-mata-menawan.html

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...