بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 15 Mei 2011

Kes Simbah Asid

lakaran gambar suspek simbah asid
Gambar suspek simbah asid


KUALA LUMPUR: Polis hampir mengenal pasti dua suspek lelaki kes simbah cecair yang dipercayai asid menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pengecaman itu hampir tepat hasil rakaman berkenaan dan keterangan mangsa yang melihat kelibat lelaki terbabit.

“Suspek dianggarkan berumur 20-an dan 30-an, berkulit gelap, seorang berbadan gempal manakala seorang lagi kurus yang menggunakan dua motosikal ketika melakukan jenayah itu,” katanya dalam lawatan ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 22 kes simbah cecair dipercayai asid berlaku di Lembah Klang dengan 70 peratus daripada kes itu dilakukan berseorangan manakala 30 peratus lagi secara berpasangan.

“Melalui siasatan dan rakaman serta keterangan mangsa dan saksi kejadian, polis percaya jenayah terbabit dilakukan suspek sama,” katanya yang enggan mengulas lanjut identiti sebenar suspek.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati cecair digunakan suspek bahan yang sukar didapati termasuk di kedai peralatan pertukangan mahu pun pembinaan.

Kejadian simbah cecair dipercayai asid bermula 9 Februari hingga 27 Mac lalu dengan 18 kes berlaku di Kuala Lumpur sebelum kejadian itu reda seketika.

Terbaru, Harian Metro melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan.

sumber dari sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...