بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 5 Mei 2011

Jangan mudah terpedaya



Saya rasa hairan dengan mereka yang mudah terpedaya dengan helah orang 'kulit hitam' ni. Rasanya dah banyak sangat kes tentang penipuan seperti ini. Beberapa tahun sebelum ni kakak kepada biras saya pun terkena, berkenalan melalui internet dan alasannya ada duit di Sudan tapi tidak boleh di bawa keluar. Tapi yang peliknya dia suruh bank in (beberapa ribu) ke dalam akaun dia. Nampak sangat tipukan?

Kes penipuan lain... saya ada juga dapat sms laptop hasil rampasan kastam hendak dijual dengan harga rm900. Kalau nak kena bank in duit ke dalam akaun dia. Saya cakap kalau betul jumpa bawa barang baru bagi duit. Macam-macam alasan dia bagi barang tak boleh bawa keluarlah. Dia bagi nombor kad pengenalan dialah (setakat bagi nombor kp melalui sms boleh ke nak percaya). Akhirnya saya biarkan sahaja.. tak lama lepas tu keluar dalam newspaper tentang penipuan ni. 

Pernah sekali di Tesco Bukit Tinggi ada 3 orang berdiri di pintu suruh pilih kad (macam lucky draw), siap tunjuk suratkhabar siapa yang pernah dapat sebelum ni. AI punya tak dapat apa-apa, tapi saya dapat (berapa ratus ribu.. tak ingat). Saya malas nak layan lagipun tak sihat masa tu, tapi AI cakap baiklah tunjuk tempatnya. Sampai di lokasi (Bayu Perdana) AI nampak ada 2 orang tunggu di bawah (office di atas) terus AI suruh saya pergi ke kereta, budak lelaki tadi terpinga-pinga (nasib diorang tak kejar). Sama juga akhirnya keluar di suratkhabar. Cabutan bertuah tapi kena bayar duit.. rasa-rasanya masih ingat lagi ada seorang perempuan habis sampai 30 ribu semata-mata nak dapatkan kereta. Sebenarnya syarikat tu menjual barang-barang elektrik. Cabutan yang pelanggan dapat tu hanyalah tarikan untuk orang datang ke tempat mereka. Kalau dah masuk office memang kena paksa bayar untuk dapat barang. Tak boleh lepas macam tu sahaja. 

Jadi saya harap sangat janganlah mudah percaya dengan sesuatu yang ditawarkan, banyak muslihat disebaliknya. Banyak juga email yang masuk dalam inbox tawar macam-macam. Mereka yakin orang mudah tertarik dengan tawaran yang diberikan. Yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang (harap faham apa saya maksudnya)
Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Kelicikan satu sindiket penipuan didalangi Awang Hitam menggunakan laman sosial facebook dengan memperdaya wanita hingga mangsa kerugian RM1.1 juta, akhirnya tumpas apabila markas sindiket itu diserbu polis, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata dalam Ops Tiong itu, polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 23 dan 29 tahun di kediaman suspek di Desa Aman Puri Kepong di ibu negara.
Turut ditahan, katanya, pekerja mereka iaitu dua lelaki Bangladesh dan dua wanita warga tempatan berusia antara 27 dan 33 tahun.

“Pada awal Mac lalu, mangsa, wanita bujang berusia 48 tahun berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan bekerja sebagai eksekutif akaun mendakwa berkenalan melalui laman facebook dengan suspek utama warga Nigeria itu yang menyamar menggunakan nama Alek Bob yang kononnya berasal dari Britain.

“Selepas beberapa hari berkenalan, suspek memperdaya mangsa dengan memberitahu dia mendapat kontrak perniagaan dengan syarikat Petronas di Terengganu dan kononnya mempunyai pembayaran daripada Petronas berjumlah RM4.6 juta, tetapi tidak mempunyai akaun di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...