بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 14 Mac 2011

TSUNAMI : Jepun




info: Kosmo! (Sabtu 12 Mac 2011)

Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter diikuti tsunami besar mengakibatkan kemusnahan teruk dan ratusan terkorban di timur Jepun.

TOKYO- Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekaligus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Phak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan akan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian  Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai yang merupakan kawasan pertanian utama di Jepun.

Bencana alam itu berlaku pada waktu 11.45 pagi waktu tempatan.

Sebanyak lebih 20 gegaran gempa bumi berlaku selama beberapa jam dengan kebanyakan daripadanya mempunyai kekuatan 6.0 pada skala Richter.

Bekalan elektrik rumah untuk kira-kira 4.4 juta rumah terputus di utara Jepun akibat gemba bumi itu.


Info Tsunami
Tsunami dalam bahasa Jepun bermaksud satu siri ombak panjang di lautan yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba berpunca daripada gempa bumi, letupan gunung berapi dan tanah runtuh di bawah lautan.

Ia bergerak di sepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam. Tenaga yang dihasilkan adalah konsisten dan agak sukar kelihatan di laut.

TAHUN 2006
Gempa bumi sebesar 7.7 pada skala Richter melanda Pulau Jawa pada 17 Julai 2006 menyebabkan tsunami setinggi tiga meter yang membunuh sekurang-kurangnya 105 orang dan 127 lagi dilaporkan hilang.

TAHUN 2004
Gempa bumi di Lautan India sebesar 9.3 pada skala Richter menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 250,000 orang termasuk di Acheh, Indonesia dan beberapa lagi negara seperti India, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia.

TAHUN 1998
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 orang di negara berkenaan.

TAHUN 1976
Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...