بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 22 Mac 2011

Tiang Lampu Ragut Nyawa Budak


gambar hiasan

Lagi mangsa renjatan elektrik. Kali ni meragut nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan berpesan pada anak-anak kita tentang bahayanya bermain berhampiran dengan benda-benda yang mempunyai kuasa elektrik.


Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PETALING JAYA – Kegembiraan seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak bersama lima rakannya tidak berpanjangan apabila dia meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu limpah di taman permainan Taman Batu 3, Shah Alam kelmarin.

Muhammad Naqiuddin Mohd. Marzuki, 11, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas dia gagal diselamatkan ekoran terkena rencatan elektrik dari tiang lampu yang mempunyai kuasa 240 volt itu.

Difahamkan, kejadian sewaktu hujan renyai pada pukul 6.30 petang itu berlaku apabila salah satu kaki mangsa terkena pada tiang berkenaan. Sebaik direnjat, kakinya melekat pada tiang tersebut manakala mukanya berubah menjadi gelap.

susulan berita:

Masih dalam siasatan
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tragedi renjatan elektrik yang mengorbankan pelajar, Muhammad Naqiudin Marzuki, 11, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bermain bola sepak bersama rakannya, Sabtu lalu masih dalam siasatan Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Jurucakap TNB berkata, ketiga-tiga pihak masih menyiasat punca sebenar kejadian hingga membabitkan kematian pelajar itu dan laporan siasatan dijangka akan diberitahu, hari ini.

“Bagaimanapun, tiang lampu berkenaan bukan di bawah penyenggaraan TNB sebaliknya di bawah MPSJ,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai kematian pelajar berkenaan akibat terkena renjatan elektrik selepas bermain bola sepak di padang permainan di Lorong Intan, Batu Tiga, Shah Alam, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Naqiudin dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bermain bola sepak bersama rakan-rakannya. Namun, dia yang berlari berhampiran tiang lampu di kawasan berkenaan terkena arus elektrik sebelum rebah. Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...