بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 1 Mac 2011

Sikap Penentu Segala

Ermmm... bila buka FB pagi ni ternampak pula note dari Irfan Khairi yang di share oleh rakan FB. Bercakap soal sikap saya yakin semua orang nak berubah cuma perlaksanaannya sahaja tidak tercapai. Saya pun macam tu.. rasa nak hantuk je kepala ni kat dinding. Banyak lagi sikap negatif dalam diri ni yang belum bertukar positif.

Mari tengok apa yang Irfan Khairi catatkan:

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude. 

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.



Good Luck! untuk diri sendiri agar berubah sikap untuk lebih berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...