بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 14 Mac 2011

Marjerin: Bukan Makanan Asli



info: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Jan-Feb 2011 Jll 35 Bil 1

"Makanan" yang dicipta sebagai pengganti mentega. Gris yang diperbuat daripada minyak yang diubah suai: melalui proses penghidrogenan dan pelunturan; dan ditambah dengan perasa mentega tiruan, pewarna, pengemulsi, pengawet, sterol dan vitamin sintetik. Elakkan MAKANAN TOKSIK ini.

Kesan LEMAK TRANS dalam Marjerin:
  • Meningkatkan paras kolesterol "buruk" serta mengurangkan kolesterol "baik".
  • Meningkatkan risiko serangan jantung, strok.
  • Meningkatkan keradangan, diabetes dan masalah kesihatan lain.
Pengambilan 2-3gm lemak trans sehari meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 21%!

Satu sudu makan marjerin jenis ketul mempunyai 2.8gm lemak trans dan satu sudu makan lelemak mempunyai 4.2gm lemak trans!

11 Alasan Untuk Elak Marjerin : Apa Kandungan Sebenarnya.
  1. Lemak Trans Bukan Asli, Toksik
  2. Radikal Bebas
  3. Vitamin Sintetik
  4. Pengawet
  5. Mono dan di-gliserida
  6. Perasa Tiruan
  7. Hexane dan Pelarut Lain
  8. Peluntur
  9. Protein Soya Asing
  10. Sterol
  11. Sisa Nikel dan Aluminium


Lemak Trans: Dalang Penyakit

Lemak trans adalah lemak yang telah bertukar dan tidak mempunyai tempat dalam tubuh manusia. Lemak yang asing ini (dalam marjerin) tidak boleh dimetabolisme dalam tubuh. Memakannya hanya mengacau bilaukan bahagian sel.
  • Sel-sel rosak
  • Ketahanan Rendah, Risiko Penyakit Meningkat

LEMAK trans boleh merangsang perkembangan penyakit dan perlu dielak sama sekali kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.
  • Arteri Tersumbat & Tekanan Darah Tinggi
  • Penyakit Jantung
  • Kanser
  • Merendahkan IQ Kanak-Kanak

p/s: Pastikan anda membeli butter (yang asli) kerana ia lebih baik dan lebih bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Definisi Margarine :

A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.

Definisi Butter :

1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.

Rujukan : The American Heritage? Dictionary of the English Language, Third Edition.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...