بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 14 Mac 2011

Iman di Serang Demam & Cirit Birit

muka sakit

Hari ni baru saya boleh bernafas lega setelah melihat Iman beransur pulih. Hari ni masuk hari yang ke 5 Iman bertarung melawan penyakit yang tiba-tiba hadir menguji dirinya. Kesian Iman... takpe ummi & ayah sanggup lakukan apa sahaja agar Iman sembuh dan berdoa semoga Allah meringankan ujian ke atas Iman.

Bermula pada hari Khamis (10hb Mac 2011) kami bawa Iman service kereta dan ke Jusco untuk membeli kain buai baru untuk Iman. Tiba-tiba sedang asyik memilih yg bersesuaian Iman muntah, habis kena atas pakaian saya dan Iman juga (nasib baik sedikit) dan nasib baik jugalah berada di area baby.. so, saya suruh kawan carikan baby wipes dan terus pergi ke toilet bersihkan apa yang patut. Lepas bayar terus balik rumah.. kebetulan kawan saya dapat 'warning' rumah dia dimasuki orang (nasib baik tidak... masa tu hujan lebat.. guruh, petir semua ada.. mungkin 'alert' dgn bunyi-bunyi tersebut). Sampai rumah Iman muntah lagi sekali...

Saya terus telefon suami beritahu keadaan Iman... tanpa sempat tunggu ayah Iman sampai rumah saya bawa Iman ke klinik. Lepas makan ubat Iman berpeluh... tapi selepas tu panas balik dan dia cirit. Panjang juga ceritanya... di pendekkan cerita saya cukup takut tengok keadaan Iman sebab Iman tak pernah dapat sakit yg serius... sampai kami bawa Iman jumpa 5 doktor dalam masa 5 hari Iman berkeadaan begitu.

Untuk pengetahuan...
  1. jangan cepat panik sebab demam bukan boleh terus sembuh.(berjumpa dengan ramai doktor akan lebih menyukarkan keadaan) 
  2. jika anak cirit birit tidak boleh mengambil sebarang pemakanan yang mengandungi laktosa (gula).. jika ank minum susu tin pastikan kena tukar yang tidak mengandungi laktosa (susu soya). kerana ia akan lebih memudaratkan keadaan. 
  3. jika suhu badan tinggi pastikan tedak menggunakan ubat yg dimasukkan melalui punggung (akan menyebabkan cirit birit bertambah teruk) 
  4. tidak boleh ambil sebarang antibiotik
  5. kena ambil ORS (oral rehydration therapy) sedikit demi sedikit. Ada doktor suggest bg air kelapa muda kerana ia lebih bagus bg menggantikan ORS dan juga boleh melawan virus yg ada...

Apa pun saya bersyukur... dan belajar dari kesilapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...