بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 Mac 2011

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Ke-3



Ada fiesta belon udara panas di Putrajaya dari 17-20 Mac 2011 dari pukul 7 pagi hingga 9 malam... erm.. nak pegi ke tak? kena tanya AI dulu.. sebab Iman baru je sembuh dari demam. Takut juga dalam ramai-ramai orang tu.. dengan cuaca lagi.. Iman akan demam balik. Sebab rasanya antibodi dia masih lemah... atau tengok je dari jauh.. macam-macamlah kan? apa pun tengoklah keadaannya nanti.



17/03/2011 12:07pm

PUTRAJAYA 17 Mac – Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-3 dilancarkan hari ini di Monumen Alaf Baru di Presint 2 oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sejumlah 27 peserta daripada 14 buah negara mengambil bahagian dalam fiesta tersebut.

Antara negara yang mengambil bahagian dalam pertunjukan sehingga Ahad ini ialah Amerika Syarikat, Jepun, Belgium, Switzerland, New Zealand, Belanda, Perancis, Jerman, United Kingdom, India, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Pelbagai bentuk belon seperti watak Darth Vader, Doraemon, Woodrow C. Greenleaf Upside dan Mauriske melakar langit Putrajaya yang pertunjukannya dijangka menarik sehingga 250,000 pengunjung.

Orang ramai turut berpeluang menaiki beberapa belon panas. – Bernama


p/s: untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.myballoonfiesta.com/index.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...