بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 20 Mac 2011

Akhirnya... Tengok Belon Panas


Dah pukul 1:56 pagi... mula-mula rasa nak tunggu esok nak update (eh dah esok pun).. tapi mata ni masih belum mengantuk... erm.. hari ni keluar pukul 2 lebih dari rumah.. lokasi pertama petrol station.. minyak dah habis.. kemudian pergi ke Cash Converter di Bukit Tinggi.. tunggu dalam kereta je dgn Iman.. hujan renyai-renyai.. kesian kat Iman takut dia demam. Buat apa pegi situ? nak tengok kalau-kalau ada baby stroller yang sesuai utk Iman (save budget.. lagipun guna sekejap je). Yang ada ni besar sangat susah nak bawa. Lagipun adik punya (dia suruh guna.. sebenarnya dia nk mengosongkan rumah dia yang dah penuh barang.. he2.. orang dah bagi guna pun tak reti bersyukur ya!) Bila ayah Iman kembali ke kereta dia kata takdelah..
Cash Converter Malaysia
AI: Nak pegi mana pulak ni? Nak pergi Putrajaya terus ke pergi Cash Converter di Shah Alam
UI: Tak kisahlah..
AI: Takpelah kita pergi tengok kat Shah Alam. Makan sekali kat sana.. (cuti2 biasalah selalu lewat lunch)

Sampai di Shah Alam Sec.9 kami makan dulu.. mula-mula plan nak makan makanan Arab. Tapi saya cakap nanti makan 2 orang bill lebih rm50. Sekali lagi (save budget)... jalan terus tiba-tiba nampak kedai makan Ayam Penyet Ria.. AI: Kita makan sini jelah.. UI: Bolehlah... Biasalah menu nasi putih, ayam penyet dan air ice lemon tea. Sedang asyik makan tokey (tekaan mula-mula) punyalah asyik layan kami sembang. Dari bab cucu, anak, menantu, kesihatan, kerjaya... (AI kata: terlebih peramah) yalah kami makan sambil dengar dia bersembang hingga makanan pun habis (tengoklah betapa panjangnya dia bersembang) tapi takpelah untie.. kami enjoy dengar cerita untie..


Masa nak bayar baru tau tu kedai anak angkat dia.. ok juga makan kat situ.. biasanya kami makan Ayam Penyet Wong Solo. Lepas isi perut baru pergi Cash Converter... erm.. masih takde apa yang dicari.. dari situ teruslah menuju ke Putrajaya.. boleh tahan juga sesaknya.. tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. dapat parking dekat dan masa pun on time.. belon-belon baru nak start naik.. banyak jugalah dapat ambil gambar...

sempat lagi bergambar sebelum balik...

Dah maghrib kami pun bergerak balik... AI singgah solat maghrib di R&R. Kemudian terus pergi rumah anak makcik yang jaga anak kawan saya (ada kenduri doa selamat). On the way nak balik dapat pula call dari mak minta tolong hantar balik rumah (Kapar)... Lepas hantar mak terus balik rumah. Iman dah tidur lepas je keluar dari rumah kenduri.. balik rumah masih lagi tidur.. erm.. penatlah tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...