بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 22 Februari 2011

Rahsia Bisnes Orang Cina

 Rahsia Bisnes Orang Cina – Karya Ann Wan Seng

Kita mesti tertanya-tanya kenapa ramai orang cina menguasai bidang perniagaan berbanding dengan bangsa lain. Tapi rasanya mengikut sejarah awal dulu-dulu pun memang nenek moyang mereka minat berniaga. Sebab tu ramai orang-orang cina lebih suka tinggal di bandar ataupun di kawasan yang berhampiran dengan kawasan orang berniaga. Rasanya tak perlulah saya terang dengan panjang lebar kerana saya yakin semua orang telah mengetahuinya.

Buku ni ayah Iman beli sewaktu Ann Wan Seng datang berceramah di surau kawasan perumahan kami sempena maulidurrasul baru-baru ini.  Siapakah beliau? lahir dalam keluarga Cina yg berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi. Beliau juga aktif menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk majalah dan akhbar tempatan. Untuk mengetahui dengan lebih lengkap eloklah rasanya membeli buku beliau. Saya cuma nak kongsi fakta-fakta penting yang terdapat dalam buku ini. Semoga mereka-mereka yamg minat berniaga akan lebih bersemangat untuk berniaga.

Kata-kata Ann Wan Seng

"Untuk menjadi peniaga yang berjaya, seseorang perlu memiliki wawasan dan pandangan yang dapat mendisiplin, kesabaran, kekuatan dan pengorbanan yang tidak sedikit. Peniaga yang tulen tidak takut mengharungi segala cabaran, rintangan dan kepayahan dalam bidang perniagaan yang penuh dengan seribu satu liku-liku dan simpang-siurnya. Peniaga palsu pula menceburi bidang perniagaan bagi mencari keuntungan singkat semata-mata tanpa mempedulikan tanggungjawab sosialnya pada masyarakat. Mereka memasuki dunia perniagaan hanya hendak mencari keuntungan seberapa banyak yang mungkin tanpa sebarang usaha dan perancangan bagi memantapkan perniagaannya. Akibatnya, ramai yang kecundang di pertengahan jalan dan jenis perniagaannya asyik bersilih ganti."

"Kita tidak perlu menjadi orang Cina. Tetapi perlu berfikir dan bertindak seperti orang Cina"

*BOC = Bisnes Orang Cina

Bab 1: Sejarah BOC>Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin.
Bab 2: Dunia BOC> Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang di Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka - Kim Woo-Choong 
Bab 3: Falsafah BOC> Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatnya bangkit semula.
Bab 4: Konsep BOC> Wang digunakan bagi menghasilkan wang.
Bab 5: Prinsip BOC> Orang cina boleh berniaga di kampung melayu tetapi orang melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang cina
Bab 6: Budaya BOC> Jika rajin, tidak ada sebab mengapa seseorang itu tidak boleh berjaya
Bab 7: Sistem BOC> Biar sikit dan lambat asalkan selamat
Bab 8: Seni BOC> Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinay dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang
Bab 9: Amalan BOC> Tanpa rugi, tidak mungkin akan datang untung
Bab 10: Etika BOC> Kerugian jangka masa singkat adalah laluan bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang
Bab 11: Rahsia BOC> Walaupun kasih sayang dan ketaatan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan status sosial keluarga dalam masyarakat
Bab 12: Petua BOC> Petua untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah menjadi peniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
Bab 13: Kejayaan BOC> Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya amatlah manis sekali
Bab 14: Bakat BOC> Di mana ada air di situ ada orang Cina
Bab 15: Kemahiran BOC> Emas yang tersembunyi hanya dapat dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya
Bab 16: Psikologi BOC> Sekali mereka melangkah, langkahan itu akan diteruskan. Tidak ada ruang hendak berundur ke belakang
Bab 17: Pemikiran BOC> Masalah adalah batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
Bab 18: Adat BOC> Semakin besar angpau yang diberikan, semakin banyak keuntungan yang akan masuk
Bab 19: Pantang Larang BOC> Tarian Singa dipercayai boleh mendatangkan tuah dan rezeki yang melimpah
Bab 20: Lokasi BOC> Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik
Bab 21: Strategi BOC> Impian akan tinggal impian jika peniaga terus kekal di takuk lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma pada sikap dan tindakan
Bab 22: Jaringan BOC> Ikatan yang kuat membolehkan mereka memonopoli setiap aspek perniagaan yang berkaitan dengan peruncitan
Bab 23: Berniaga Cara Orang Cina> Letakkan orang Cina di mana sahaja, mereka boleh hidup dengan mencipta ruang niaga
Bab 24: Sikap BOC> Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang Cina hidup untuk makan
Bab 25: Motivasi BOC> Tidak ada yang lebih memuaskan hati dan memotivasikan peniaga selain menjadi bos kepada diri sendiri dan orang lain
Bab 26: Politik BOC> Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum tentu memberikan jaminan dia akan setia dan tidak menghianati kawannya yang lain
Bab 27: Orientasi BOC> Perjalanan seribu batu belum bermula dengan langkah pertama
Bab 28: Matlamat BOC> Semakin banyak derma dan sumbangan yang dikeluarkan, semakin banyak keuntungan yang akan masuk ke dalam kantung
Bab 29: Wawasan BOC> Kesusahan, keperitan dan keletihan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
Bab 30: Warisan BOC> Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina
Bab 31: Tokoh BOC> Berlian hanya akan berharga selepas digilap dan dibentuk daripada keadaannya yang asal
Bab 32: Tip BOC> Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan urusan

Apa yang saya taipkan ini hanya bab dan kata hikmah yang terdapat di dalam buku beliau. Banyak lagi info dan tips yang terdapat di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...