بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 7 Februari 2011

Kisah Saudara Muhamad Hairuman bin Miskon: Mangsa Renjatan Elektrik


Hati ini sayu bila mengenangkan nasib orang-orang yang ditimpa malang. Tak sanggup rasanya nak tengok nasib mereka apalagi mereka yang melaluinya sendiri. Airmata ini dengan sendirinya akan menitis. Subhanallah... semoga Allah meringankan bebanan mereka. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sesiapa yang berkemampuan diharap dapatlah menghulurkan sumbangan kepada adik Hairuman ini untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya. Semoga suatu ketika kita diuji sepertinya orang lain pula menghulurkan bantuan.

Malang sekali apabila tiada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Terima kasih kepada TV3 kerana sudi memaparkan kisah adik ini dalam rancangan BersamaMu. Semoga selepas ini ramai lagi yang sudi membantu.

Terbaru kedua-dua belah tangan adik ini telah pun dipotong

Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.
No akaun: 162030632448 Maybank atau CIMB bank 1257-0000203-529

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Baca kisah selanjutnya di dalam blog ini...

1 ulasan:

  1. Maryuni Binti Miskon21 Oktober 2011 5:47 PTG

    Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

    Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
    MARYUNI BT MISKON
    MAYBANK A/C : 162030632448
    CIMB A/C : 12570000203529
    atau
    MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
    CIMB A/C : 12570005386520

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...