بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 2 Februari 2011

dari Kota Pendamar ke Putrajaya > Bdr Tun Hussein Onn kemudian ke Prima Saujana

Semalam pergi ke Bandar Tun Hussein Onn rumah sepupu suami. Tujuan utama suami ingin kirim ubat ke mak dia di Kelantan kerana sepupu suami (Ila) nak balik ke Kelantan malam ni. Sebelum ke sana kami pergi ke Putrajaya ambil sepupu suami di sana (Ani dan M.nor) untuk sama-sama pergi ke rumah Ila. Sampai-sampai je di parking apartment Ani... tengok-tengok... wah kereta baru dah sampai. Suami apalagi... kita naik kereta baru je lah macam ni... so, suami pun drive... ummi iman duduk sebelah (macam kereta sendiri pulak). Kereta baru mestilah sedap lagi-lagilah Honda.

Naik kereta baru punya pasal suami pulak salah masuk jalan.. terpaksa pusing balik.. akhirnya sampai di rumah Ila pukul 6 ptg. Alhamdulillah langkah kanan.. mak Ila masak ayam percik dengan dalca... memang sedap (bilalah nak pandai masak masakan kelantan ni...) saya siap tambah lagi... ada lagi... siap tapau bawa balik.. (biasanya macam tu.. malu je kan..) orang nak bagi kita ambil je lah...

Sebelum balik singgah dulu di rumah tokey coklat. Dah lama tak jumpa... gelak tetap gelak.. sampai penat nak gelak.. macam tulah kalau jumpa k.zarin ni... dari dulu sampai sekarang.. tapi tak sempat nak borak lama-lama... suami dah pesan.. ambil coklat je.. jangan buat coklat pulak.. (faham-faham jelah ya kalau dah lama tak jumpa..)

Ini lah coklat yang saya beli dari ZagCoklat...
sampai-sampai je di rumah terus rasa 2 biji... eemmm memang sedap!! tak rugi beli..

Dah ambil coklat pergi balik ke Putrajaya.. masih sempat lagi naik ke apartment Ani... nak tumpang shishi dan nak upload gambar kereta baru. Suami kata kalau jadi apa-apa senang... Setelah semuanya selesai... lebih kurang pukul 11 mlm kami pun bergerak pulang ke rumah... Iman pun dah penat.. ramai orang pegang dia.. so, senang je dia tidur... kalau tidak ambil masa lama juga nak suruh dia tidur... sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...