بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Khamis, 13 Januari 2011

Petua - Bayi Kembung Perut


  • Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
  • Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
  • Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!<sumber>
  • Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
  • Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
  • Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
  • Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
  • Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. <sumber>

Petua lain:

  • Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.
  • Ambil jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari2 bayi. Pastikan tidak terlalu panas

Tiada ulasan: