بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 31 Januari 2011

Muhasabah

Ahmad : Atan mari sekejap!
Ahmad : Cuba tengok matahari itu! Betapa patuh ia mengikut aturan Allah
Ahmad : Cuma manusia aje banyak ingkar
Ahmad : Menipu, arak, fitnah, menafikan sunah Nabi

Atan : Kau nak tau yang lebih dahsyat lagi?

Ahmad : Apa dia?

Atan : Takkan kau tak tau kot?

Ahmad : Cakap le apa dia?

Atan : Orang yang selalu mencari kesalahan orang lain! Macam kita ni le!
Maghrib dah masuk masih leka lagi!

"Keburukan insan itu ia lupa aib dirinya sendiri. Dia menyebut-nyebut keaiban saudaranya yang tersembunyi. Andainya ia seorang yang berakal nescaya tidaklah ia aibkan orang lain. Pada dirinya penuh keaiban andainya diperhatikan cukuplah baginya" - Kata-kata Hukama'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...